Tuesday, December 23, 2008

Asal Usul Solat Lima Waktu

ASAL USUL SOLAT

*SUBUH:

rang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s.,iaitutatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkarapertamayang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amatsangat.Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang duarakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelihanaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktutergelincirmatahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya..
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusankibas.

ASAR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nuntelahmemuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masukwaktuAsar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaatkeranabaginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.


MAGHRIB:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohankaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah NabiIsalalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilantersebut,iaitu:

Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yangMahaEsa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunyaSiti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satuiaituAllah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s.Padaketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeriMadyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalumenghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yangakhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

-KU SAMPAI KAN WALAU SEBARIS AYAT

No comments:

Post a Comment