Friday, February 6, 2009

BAHAYA TIDUR TANPA BERWUDHUK SELEPAS JUNUB

Antara ilmu yang perlu diamalkan yang nak kongsi bersama.
Sahabat nabi s a w bertanya adakah boleh tidor selepas berjunub. Nabi SAW menjawab boleh tapi bangun dulu ambil wuduk baru boleh tidor. Sebaiknya dalam keadaan junub, haid dan nifas kalu nak tidur amik wuduk dulu. Sebabnya kalu tak amik wuduk bahaya menanti. Syaitan boleh masuk kacau kita, masuk melalui kemaluan dan rongga yang terbuka,boleh mengganggu janin, rahim yang disebabkan tak dapat anak atau janin rosak. Selain tu jin/syaitan akan masuk ke badan membawa penyakityang susah diubati seperti cancer. Seperti ustaz maklumkan sebelum ini cancer penyakit yang dibawa oleh jin dan syaitan. Perkara ini ada dalam fatwa ijmak ulamak walaupun para doktor payah nak akui.
Sampaikan pesanan kapada pasangan kita. Semoga ilmu yang sedikit ini akan menjadikan kita lebih baik daripada hari sebelum.

Thursday, January 22, 2009

Berumah Dengan Syaitan?

KISAH BENAR


......Bumi merupakan alam nyata bagi membina perkampungan dan kediaman manusia.Namun disebalik pandangan mata kasar terdapat juga kejadian Allah,makhluk halus yang turut sama mendiami alam maya ini.Mereka bukan setakat hidup malah mempunyai naluri yang sama seperti manusia,mencari tempat kediaman yang sesuai dalam kehidupan .Sekiranya harta yang anda miliki menjadi pilihan mereka untuk lokasi kediaman,sudikah anda berkongsi ruang dengan mereka ?

Ikuti pengalaman detik-detik ngeri yang dialami seoarang eksekutif sebuah firma perniagaan selatan tanahair mengharungi sedemikian.

Menurut Azman ,pengalaman diganggu mahkluk halus tersebut dialami ketika cuti akhir tahun persekolahan tahun lalu.Beberapa hari sebelum berlangsungnya pertunjukan bertaraf antarabangsa di Pulau Langkawi dan Sambutan Hari Raya Haji.Pada peringkat awal dia hanya menghantar ibu,isteri dan anak-anak balik ke kampung halaman di Arau,Perlis untuk menziarahi keluarga sempena cuti sekolah.Apabila keluarga sebelah isterinya membawa menjenguk Pulau Langkawi menyaksikan pertunjukkan pesawat dan kapal laut,keluarganya sibuk pula mahu turut serta.Kebetulan pula salah seorang iparnya telah membina chalet untuk penginapan pelancong di Pulau tersebut.Oleh kerana Azman tidak dapat meninggalkan kerjanya terpaksalah dia pulang ke Johor dan meninggalkan keluarganya bercuti lama di kampung halaman.

Pada mulanya Azman merancang untuk bertolak pulang sebelah pagi.Tujuan utamanya adalah untuk mengelakkan masalah mengantuk apabila memandu seorang diri pada malam hari. Sebelum peristiwa itu,beliau hanya menggunakan lebuhraya tersebut untuk perjalanan jarak dekat.Jika perjalanan jauh pula mesti bersama kawan untuk bergilir-gilir memandu. Jadi tidaklah menghadapi masaalah mengantuk atau letih memandu seorang diri. Malang tidak berbau, pada waktu malam sebelum bertolak balik,kereta yang dipandunya terhumban ke dalam sawah.Peristiwa itu berlaku gara-gara dua ekor kerbau yang melintas jalan. Keadaan tanah sawah yang lembut dan lecak akibat hujan sebelah petang hari menyukarkan usaha mengeluarkan kereta tersebut. Semakin digerakkan mengundur ke belakang,makin dalam pula tayar bahagian hadapan terbenam ke dalam selut. Untuk meminta bantuan orang ramai bergotong royong pula agak sukar kerana hari sudah gelap. Akhirnya terpaksalah kereta tersebut ditinggalkan dalam bendang menunggu siang hari. Setelah berhempas pulas dari pagi dengan bantuan orang ramai, akhirnya kereta tersebut dapat dikeluarkan menjelang tengahari.Kerosakkan yang dialami tidaklah serius, hanya sedikit lekuk pada dinding, tercabut bumper bahagian hadapan dan nombor plat kenderaan tertanggal. Selesai membaiki kerosakan, pada sebelah petang barulah dia bertolak pulang dari rumah mertua. Walaupun sudah merasa sedikit keletihan, dikuatkan semangat untuk pulang. Dia tidak mahu pekerjaannya terganggu. Seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan rekod perkhidmatannya sebagai ' orang kepercayaan ' pihak atasan dipejabat.

Perjalanan dari rumah mertuanya hingga kawasan susur masuk ke Tol Juru berjalan lancar tanpa sebarang halangan.Jalanraya agak lapang kerana waktu itu bukan musim cuti perayaan . Sekitar jam 08:00 malam Azman tiba dikawasan terowong Ipoh . (TEROWONG MENORA) Di kawasan itulah detik pertama dia mengalami gangguan.

Sebaik sahaja memasuki terowong, Azmantersentak. Telinganya menangkap suara memanggil " Abang ! Abang ! " . Suara wanita,halus dan lunak ! . Suara siapa memanggilnya dalam kegelapan malam di kawasan terowong begitu. Azman begitu pasti bahawa dia tidak berkhayal. Dikeluarkannya telefon bimbit dari saku untuk melihat kalau-kalau suara itu datang dari telefon bimbitnya. Tidak ada tanda panggilan.Suara yang baru didengar sebelumnya bukan suara yang tersimpan dalam memori telefon bimbit, suara itu amat asing baginya. Dia tidak pernah menyimpan nada sebegitu dalam telefon bimbitnya. Radio kaset kereta mengalunkan irama lagu hit Hindustan.Mustahil ada selingan suara mel ayu dalam alunan lagu tersebut.Tingkap kereta juga bertutup rapat. Tidak mungkin ada suara dari luar menerjah masuk. " Abanggggg ! " kali ini suara itu muncul lebih manja dan menggoda. Azman melihat cermin sisi. Jalanraya lengang,kosong,tidak ada sebarang kenderaan dibelakang. Sesekali ada juga kenderaan dari arah bertentangan menderu laju membelah kepekatan malam. Hatinya mula berdebar . Sah ! ada sesuatu sedang mengganggu perjalanannya. Lagu Hindustan yang sedang berkumandang dihentikan.Kumat-kamit mulutnya membaca Al-Quran yang dihafal. Tanpa sedar had kelajuan kenderaan semakin bertambah. Kalau boleh dia mahu cepat-cepat meninggalkan kawasan lebuh raya sunyi tersebut.Menghampiri kawasan Gua Tempurung satu gangguan lagi dialaminya. Terlihat sesusuk tubuh manusia melintasi jalan lalu berdiri menahan kenderaannya. Susuk tubuh seorang perempuan. Bajunya kusut masai,compang-camping berlumuran darah. Tentunya bukan hantu bisik hati kecilnya kerana biasanya susuk tubuh hantu yang diketahui berpakaian putih,baju labuh mirip seperti fesyen pengantin cina. Mungkin wanita tersebut terlibat dengan kemalangan bisiknya.Hampir-hampir dia memberhentikan kenderaannya tetapi fikirannya pantas menangkap sesuatu yang tidak kena. Tentunya dia bukan manusia biasa !.Manusia biasa tidak mungkin dapat melintas jalan dengan pantas seperti terbang sebelum menahan keretanya. Spontan kakinya menekan pedal minyak,memecut laju meninggalkan kawasan itu. Suara perempuan mengilai-ngilai mengisi ruang malam kedengaran sebaik sahaja dia memecut laju meninggalkan wanita berbaju kumal berlumuran darah tersebut. Dalam situasi ketakutan tangannya memaut stering mengelak sesusuk tubuh yang terbaring di jalan.Ya Allah ! pekiknya kemalangan ngeri.Bukan satu,dua tetapi berbelas-belas tubuh berlumuran darah bergelimpangan ditengah jalan.Mayat-mayat bergelimpangan dengan darah mengalir memenuhi jalanraya. Ada pula yang sudah bertutup dengan kain kapan.Bunyi Hon kuat diiringi suara brek dari arah belakang mengejutkannya. Ternyata dia masih bernasib baik kerana sebua bas ekspress yang laju datang dari arah belakang masih mampu dikawal dari merempuh keretanya. Cepat-cepat dia memaut stering ke kiri.Tindakan pantasnya menyebabkan dia melanggar sekujur tubuh yang sudah berbalut kain kapan terbaring di jalan. Tetapi aneh ! kenderaannya tidak melambung seperti sewajarnya bila melanggar tubuh kaku tersebut.Hanya seumpama merempuh kabus semata-mata ! . Ayat suci Al-Quran terus dibacanya berulang ulang kali.Bas ekspress yang tadi hampir merempuhnya memotong dan membunyikan hon sekali.Tidak pasti adakah tanda marah atau peringatan.Azman balas dengan Hon sekali juga.Tubuhnya gementar.Jantungnya berdebar.Terasa menyesal pula dalam hati kerana menolak pelawaan saudara mara untukbercuti di utara.Mudah-mudahan janganlah ada petaka lain menggganggu dalam perjalanan seterusnya.Itulah doanya dalam hati sebelum membelokkan kereta di salah sebuah kawasan Rawat dan Rehat ( R & R ) yang paling hampir.Di situ dia menunaikan Solat Maghrib dan Isyak secara Jamak dan Qasar.Selepas mengisi perut dengan roti bakar dan kopi O panas dia masuk ke kereta semula untuk menyambung perjalanan.Ketika menghidupkan enjin kenderaan,datang seorang lelaki mengetuk cermin kenderaannya. Azman menurunkan cermin kenderannya untuk mengetahui maksud kedatangan lelaki itu.Riak kehairanan tidak dapat di buang dari wajahnya kerana sebelum ini memang dia tidak pernah mengenali lelaki tersebut . "Lain kali kalau mengantuk bawa berehat Bang.Tidur dulu ! Bahaya abang memandu macam tu.Abang bawa kereta ke tengah,ke tepi kat kawasan Gua Tempurung tadi tu,nasib baik saya sempat brek ! kalau tidak , kereta abang dengan bas-bas saya berangkut ke balai malam ni...." .Kata lelaki itu dengan nada agak keras.Tahulah Azman bahawa lelaki tersebut merupakan pemandu bas ekspress yang hampir merempuhnya di kawasan Bukit Tempurung sebelumnya . " Maaflah...saya bukan sengaja. Saya mengelak mayat-mayat tadi tu,tak perasan saya ada kenderaan belakang.."Jawab Azman . " Mayat ? Mayat apa ? Mana ada Mayat ..Abang memandu dalam mimpi tak ...." Lelaki itu menyoal dengan nada hairan.Jelas apa yang dilihat dan dielak bersungguh-sungguh sepanjang kawasan Bukit Tempurung tersebut adalah ilusi Azman semata-mata. " Kawasan tu memang keras Bang.....Ramai orang N ampak macam-macam dekat situ.Dalam tahun 90 an dulu ada tanah runtuh di situ.Banyak makan Korban.Mungkin Roh dia orang berkeliaran.Kalau boleh elakkan dari memandu sorang-sorang kat situ....." .. N asihat pemandu bas tersebut sebelum meninggalkan Azman . " Gangguan yang menimpa saya tidak habis setakat itu sahaja.Sepanjang perjalanan saya terus di ganggu.Cuma tidaklah sehebat ketika melalui kawasan Bukit Tempurung.Kadang-kadang ada bau kemenyan,bau wangi bunga,bau busuk hanyir.Kadangkala saya dengar orang memanggil tetapi bila saya dengar betul-betul suara itu hilang.Tak tahu nak buat apa lagi.Macam nak tinggalkan kereta saya kat tepi jalan dan balik naik bas sahaja malam itu ......." , Mohd Azman bin Wahid ,35 menceritakan pengalamannya. " Akhirnya saya cakap sorang-sorang,kuat-kuat...! Kalau kau nak tumpang,tumpanglah ! Jangan kacau aku.Barulah aman sikit. Ada masa saya dengar suara budak-budak bergurau,berkelahi sesama sendiri.

Nampaknya bila dah kena " WAR N I N G " jangan buat kacau,dia bawa anak beranak dia pula menumpang kereta saya !" .. " Bau bermacam-macam tu tidak terus mengganggu saya.Sudah sampai rumah selang satu dua hari bau busuk,kemenyan,bunga rampai terus menerus mengganggu saya lagi.Bukan sahaja saya,tetapi kawan-kawan yang menumpang kereta terhidu sama.Balik dari Langkawi,keluarga saya pun terhidu sama.Setiap kali naik kereta,anak saya ayik mengadu bau busuk,bau kemenyan..." ..Dengan nasihat kawan-kawan,akhirnya saya bawa kereta saya berjumpa seorang tua di Pekan Gelang Patah,Johor.Akhirnya masalah itu dapat diatasi.Dia ajak saya sama-sama baca Ayatul Qursi dan Ayat Empat Qul pada setengah baldi air.Selepas itu tak tahulah doa dan bacaan apa dia bacakan waktu merenjis dan menjirus kereta saya.Kalau tengok sekali macam dia berinteraksi dengan makhluk dalam kereta saya......" . " Orang tua yang saya jumpa tu cakap lebih kurang macam ni lah ........ " Wak tengok-tengok makhluk itu bukan dari kawasan Gua Tempurung ! . Sebelum balik Johor engkau ada tinggalkan kereta dalam sawah kan ? ! Waktu itulah makhluk itu masuk mendiami kereta engkau,bukan satu tetapi sekeluarga.Makhluk itu rasa selesa dan serasi nak jadikan kereta ni rumah baru mereka.Anak-anak dia pun rasa seronok sama.Kalau kamu terlibat dalam nahas kat Bukit Tempurung itu kelmarin memang beraya sakanlah mereka dalam rumah baru ! N asib baik kamu dapat kawal diri masa memandu...." . " Bau macam-macam dalam kereta engkau ni sebenarnya bau keluarga makhluk itulah.Anak beranak syaitan ini ada macam-macam bau.Ada bau kemenyan,bau bunga kenanga,bunga rampai,hamis macam usus ayam ..Tetapi jangan bimbanglah,wak dah usir mereka balik kat tempat asal mereka.Wak cakap kamu dan sekeluarga tak sanggup berkongsi rumah kediaman dengan mereka.." .. " Selepas ini kalau naik putarkan sama ayat-ayat Al-Quran.Jangan asyik putar lagu Hindustan memanjang.Makhluk macam itu suka dengan bunyi-bunyian,muzik,paluan gendang, sebab itu kereta kamu ini menjadi pilihan keluarga mereka ! " . " Begitulah pengalaman saya yang terjadi dalam bulan Disember yang lalu.Kisah yang diceritakan oleh Azman ini seharusnya menjadi iktibar buat kita semua.Kita tidak harus melekakan diri dengan Hiburan semata-mata dalam kehidupan sementara di dunia ini.Selain dari menjaga hubungan dengan manusia kita wajib meyakini kewujudan makhluk halus sebagaimana maksud firman Allah didalam Al-Quran .

Wednesday, January 21, 2009

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

.
.
.

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
i. Al-Muawwizat
ii. Ayatul Kursi
iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv. Ayat Berkubu
v. Ayat Penggerak
.
.
.
.
.
1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)
.
.
.
BACAAN Al-Muawwizat iaitu;

1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas













































CARA

1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari .
..
.
.
.

2.0 AYATUL KURSI


BACAAN



















Terjemahan; Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255)


CARA

1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.
.
.
.
.
3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

BACAAN



























Terjemahan:

(1) Yaa Siin.
(2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah,
(3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul,
(4) (yang berada) di atas jalan yang lurus,
(5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang,
(6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.
(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman.
(8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah.
(9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
CARA
1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.


4.0 AYAT BERKUBU

BACAAN








"Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu
dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad
RasululLah. "

CARA


1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara

4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas

5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan nahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.


5.0 AYAT PENGERAK BACAAN
BACAAN









Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA

1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.


Monday, January 19, 2009

Mengenali Siapa Bangsa Yahudi


Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan

Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka. Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi. Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu.

Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam Surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran

Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti. Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.

Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam

Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir'aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya .
Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud:
"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku".

Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka. Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba. Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu .

Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam

Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah. Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya. Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka.

Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan. Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh .

Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain. Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian.

Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja. Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan. Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi:

1. Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290.

2. Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.

3. Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.

4. Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.

5. Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.

6. Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420.

7. Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.

8. Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.

9. Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.

10. Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.

Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.

Mengapa Yahudi Ditindas?

Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan. Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin. Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam 'Talmud' iaitu tafsiran kepada kitab 'Taurat', ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.

Disebut dalam Talmud lagi:

* Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut.

* Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain.

* Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi.

* Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.

Penaklukan Palestin Oleh Rejim Haram Yahudi

Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia. Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan orang-umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.

Penutup

Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka. Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.

Sunday, January 11, 2009

Allah hanya memanggil 3 kali seumur hidup kita .


ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴ

Petikan dari E-mail:

Renung-renungkan dan selamat beramal…. Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah......... .aku bertanya pada Ibu. 'Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?' Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah.Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu.Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah.

Ibu berkata...'Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..'Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'Ibu tersenyum... 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?'Saya menggelengkan kepala.

Pertama

'Panggilan pertama adalah Azan', ujar Ibu. 'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'.
Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah....... ..

Kedua

Ibu melanjutkan, 'Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkankesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. J alan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'. Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanal lah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ......Alhamdulill ah...

Ketiga

'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah syurga adalah balasannya.. ....' ** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ....Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat..... .....Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........ ....


** Huraisy Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yangbernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy inidari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapayang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.

Nota: kesal saya dgn sikap buruk sangka saya terhadap org lain dan sikap tidak tahu berterima kasih dgn kawan yg sentiasa berlapang dada…....sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat.. Wallahualam

Tuesday, December 23, 2008

Asal Usul Solat Lima Waktu

ASAL USUL SOLAT

*SUBUH:

rang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s.,iaitutatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkarapertamayang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amatsangat.Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang duarakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelihanaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktutergelincirmatahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya..
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusankibas.

ASAR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nuntelahmemuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masukwaktuAsar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaatkeranabaginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.


MAGHRIB:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohankaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah NabiIsalalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilantersebut,iaitu:

Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yangMahaEsa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunyaSiti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satuiaituAllah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s.Padaketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeriMadyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalumenghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yangakhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

-KU SAMPAI KAN WALAU SEBARIS AYAT

Makan Cara Rasullullah

Makan cara RasulullahAda sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua?Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlahsusah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL


# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa.....Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.Air sejukyang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wassalam...Sama2lah kita mengamalkannya. ......WallahuA'lamSabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.